Sejarah

image_pdfimage_print

SEJARAH SEKOLAH

SMK Taman Semarak ialah sebuah sekolah menengah kategori dalam bandar di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.sekolah ini berdiri kukuh tersegam indah di atas tanah dimana luasnya kira-kira 2 ekar serta dilengkapi oleh 7 bangunan utama iaitu kelas,makmal,bengkel,kantin,surau,dewan dan bahagian pentadbiran.

SMK Taman Semarak telah mula beroperasi sebagai sekolah sesi pagi pada 2 Januari 2000.Pada tarikh 14 Ogos 2006,SMK Taman Semarak telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu oleh YAB Dato’Seri Utama Haji Muhammad bin Hj.Hasan bersamaan 7 tahun perjalanan sekolah ini.

Mulai tahun 2014,sesi persekolahan SMK Taman Semarak telah ditukar kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang disebabkan oleh jumlah pelajar yang semakin meningkat pada setiap tahun.Pada tahun 2015,SMK Taman Semarak mempunyai 41 kelas dan seramai 84 orang guru ,13 staf sokongan serta 1,089 orang pelajar.

Kini,bagi sesi tahun 2019, SMK Taman Semarak mempunyai 43 kelas,92 orang guru,13 staf sokongan serta 1,346 orang pelajar. Di bawah ini menunjukkan barisan pengetua yang telah berkhidmat untuk SMK Taman Semarak dari tahun 2000 hingga kini.