ARAHAN PENUTUPAN SEKOLAH SELURUH DAERAH SEREMBAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Sepertimana semua guru dan ibu bapa telah maklum, SMKTS telah diarahkan tutup dari 25 Okt hingga 9 Nov 2020 disebabkan peningkatan bil kes COVID 19 di zon merah ( Seremban ).
- Semua murid dan guru akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian (on-line) dari rumah. Mohon ibu bapa dapat memaklumkan kepada anak2 tugasan yg akan diberi oleh guru dan jadual juga akan diberi dalam masa terdekat.
- Ibu bapa diharap dapat memantau anak² untuk sentiasa berada di rumah dan menjaga kesihatan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
- Sebarang perkembangan berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Harap maklum dan terima kasih.